Tindakan Tegas Termasuk Dipecat Jika Sabotaj Pemilihan Umno - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran tindakan tegas termasuk dipecat akan diambil terhadap anggota dan calon Majlis Tertinggi (MT) yang didapati mensabotaj pemilihan parti.

Beliau memberi jaminan Jawatankuasa Disiplin parti akan membuat siasatan menyeluruh sekiranya ada menerima laporan.Katanya beliau telah memaklumkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang "menghancurkan atau berniat menghancurkan" Umno.

"Kita tahu ada unsur-unsur (pihak-pihak) luar...yang cuba "merasuk" masuk untuk memujuk ahli tertentu untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

"Dalam Umno, terdapat tukang cong, tukang bakar (mengapi-apikan) dan tukang menghancurkan parti dan mahu melihat parti ini berpuak-puak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Umno Bahagian Putrajaya di sini Sabtu.

Tengku Adnan yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian Umno Putrajaya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai buku senarai calon palsu yang dikesan diedarkan di beberapa bahagian di Perak seperti Tambun, bertujuan mengelirukan perwakilan untuk mengundi.

Buku bertajuk Kompas Pemilihan Umno 2013, itu didapati mengandungi maklumat palsu dengan nombor calon MT yang bertanding hari ini telah ditukar.

Sementara itu, Tengku Adnan turut menasihatkan calon-calon supaya menerima sebarang keputusan pengundian dengan hati terbuka.

"Kita kena terima hakikat apa juga keputusan. Jangan kita buat perkara-perkara yang merosakkan parti. Yang penting fikir parti ini sebagai wadah perjuangan.

"Kita kena bertaut semula untuk menghadapi pilihan raya...lebih baik kita simpan tenaga kita untuk berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya (umum ke-14) akan datang. Jangan kita bercakar satu antara satu sama lain dalam parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan