Tidak Rasmi: Isa Samad, Ali Rustam Kalah Saingan Rebut Jawatan Naib Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi sehingga 9 malam ini menunjukkan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kalah dalam pemilihan Naib Presiden Umno pada Sabtu.

Ini berikutan, ketika hanya berbaki 60 bahagian yang belum diperoleh keputusannya, kedua-dua calon itu gagal melepasi undi minimum, iaitu sekurang-kurangnya 96 undi daripada 191 bahagian.

Mohd. Isa dan Mohd Ali masing-masing hanya memperoleh lapan dan tujuh undi setakat ini. Jika mereka mendapat undi daripada semua baki 60 bahagian itu, jumlah undi tertinggi mereka hanya 68 dan 67, jauh di bawah 96 undi minimum.

Ketika ini, dua penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berjaya mempertahankan jawatan apabila masing-masing memperoleh 130 dan 119 undi.

Saingan bagi tempat ketiga jawatan Naib Presiden masih terbuka antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini mendapat 73 undi dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, 57 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan