Saingan Sengit Hishammuddin, Mukhriz Rebut Jawatan Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhadapan tentangan sengit daripada Datuk Mukhriz Mahathir bagi menempatkan kedudukan dalam senarai tiga Naib Presiden Umno pada pemilihan jawatan tertinggi parti itu.

Sehingga pukul 8 malam Sabtu, kedua-dua pemimpin berkenaan dilihat bersaing rapat bagi merebut satu lagi tempat jawatan Naib Presiden selepas dua lagi penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan calon lain jauh ke hadapan.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Hishammuddin meninggalkan Mukhriz hanya dengan 12 undi apabila beliau mendapat 65 undi. Mukhriz kini memperoleh 53 undi.

Berada pada kedudukan selesa, Ahmad Zahid kini menerima 117 undi daripada 191 Bahagian Umno di seluruh negara.

Sementara itu Shafie kini berada dibelakang Ahmad Zahid dengan mendapat 106 undi.

Dua lagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad masing-masing kini mendapat tujuh undi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan