Portal Berita Tarik Balik Artikel, Mohon Maaf Kepada Mukhriz - Berita Semasa | mStar

Portal Berita Tarik Balik Artikel, Mohon Maaf Kepada Mukhriz

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengamalkan politik wang telah menarik balik artikel tersebut dan memohon maaf kepada beliau kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

Pada Jumaat, portal berita itu menyiarkan satu artikel yang mendakwa Mukhriz menghantar 1.2 juta khidmat pesan ringkas (SMS) untuk meraih undi dan memberi wang untuk mengisi jawatan Naib Presiden Umno.

Portal berita tersebut memetik sumber Umno yang mengatakan jentera parti beliau telah bergerak ke seluruh negara sejak pagi Jumaat untuk mendekati pengundi.

Terdahulu, Mukhriz mengarahkan portal berita itu supaya menarik balik artikel berkenaan atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Ketika ditanya sama ada terdapat dalang disebalik penyiaran artikel itu, beliau tidak pasti tetapi mendakwa portal berita itu 'cukup terkenal dengan agendanya menentang kerajaan' dan sering mengecamnya.

Dalam permohonan maaf itu, portal itu turut menyatakan rasa kesal di atas kesulitan yang ditimbulkan terhadap Mukhriz.

"Kami dapati laporan itu tidak tepat dan artikel tersebut telah dikeluarkan."

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan