Perwakilan Dijadual Bersalin Hari Ini Mengundi Dulu Sebelum Ke Hospital

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Demi Umno, seorang perwakilan yang dijadual bersalin pada Sabtu tetap menghadiri mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno Bahagian Langkawi dan menunaikan tanggungjawab mengundi terlebih dahulu sebelum ke hospital.

Rafidah Osman, 32, dari Umno Cawangan Nyior Chabang berkata beliau sepatutnya dimasukkan ke hospital hari ini tapi atas semangat cintakan Umno, tetap menghadiri mesyuarat.

"Inilah tanggungjawab saya terhadap Umno yang saya cintai, walaupun saya dalam keadaan hendak melahirkan cahaya mata yang ketiga ini," katanya kepada pemberita pada mesyuarat yang berlangsung di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri, Padang Matsirat di sini Sabtu.

Beliau yang merupakan antara 542 perwakilan tidak mahu melepaskan peluang itu kerana ia merupakan sejarah pada dirinya yang pertama kali mengundi dalam pemilihan parti dan akan ke Hospital Langkawi selepas mengundi.

Sementara itu, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah Ismail Yaakob yang berkerusi roda mengetepikan kesukaran yang dialaminya untuk hadir pada mesyuarat, Sabtu.

Mesyuarat tersebut menyaksikan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dicabar personaliti tv Abdul Aziz Desa dan seorang ahli perniagaan, Datuk Sobri Wan Teh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan