Pemilihan Umno: Calon Raih Undi Pada Saat -Saat Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Calon-calon Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno terus berkempen pada saat-saat akhir dengan menggunakan pelbagai medium untuk menarik sokogan dan meraih undi.

Selain bunting dan poster, lencana, kad nama yang mengandungi gambar dan nama, buku nota mini dan risalah diagih kepada para pewakilan yang hadir di Menara Seri Wilayah, di sini untuk memilih kepimpinan tertinggi pusat dan Bahagian Putrajaya di sini pagi Sabtu.

Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menggunakan buku nota mini dan kad nama dengan slogan 'Kesinambungan Asas Kepimpinan' untuk berkempen bagi mempertahankan jawatan itu.

Seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin pula menggunakan lencana dengan slogan 'Memperkasa Transformasi' manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggunakan bunting di pintu masuk dewan untuk berkempen.

Calon anggota MT Datuk Abdul Azeez Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji menggunakan risalah dengan slogan 'Prihatin, Ikhlas Berjuang' yang memaparkan berita-berita misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di dalam dan luar negara.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang turut bertanding jawatan MT, menggunakan kad yang menyenaraikan jawatan beliau dalam parti dan kerajaan untuk menarik sokongan perwakilan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan