Pakar Masih Berbincang Pendekatan Terbaik Keluarkan Peluru Daripada Kepala Mohd Amar

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Mohd Amar Mohd Azizi di wad PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Jumaat. Mohd Amar, 10, cedera selepas terkena peluru sesat di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas.
-Foto BERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Mohd Amar Mohd Azizi di wad PICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Jumaat. Mohd Amar, 10, cedera selepas terkena peluru sesat di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin lepas. -Foto BERNAMA

IPOH: Pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun masih memerlukan beberapa hari lagi untuk menentukan pendekatan terbaik untuk mengeluarkan peluru daripada kepala Mohd Amar Mohd Azizi.

Pengarah hospital berkenaan, Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata doktor masih berbincang apakah prosedur yang paling selamat dengan risiko paling minima boleh digunakan ke atas kanak-kanak berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan, Mohd Amar, 10, terkena peluru sesat ketika seorang pegawai polis yang tidak bertugas sedang membersihkan pistol miliknya di rumahnya di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin.

Peluru berkenaan tersangkut dibahagian tengkorak dan tulang leher, kira-kira 1 sentimeter daripada saraf tunjang dan arteri.

Pakar bedah saraf hospital berkenaan, Dr Cheang Chee Keong dilaporkan berkata beliau berharap pembedahan dapat dijalankan paling lewat hari ini (18 Oktober), kerana sebarang pergerakan peluru dalam badan mangsa dibimbangi akan merosakkan saraf tunjang dan arterinya.

Dr Raja Lope Ahmad berkata beliau akan memaklumkan kepada ibu bapa Mohd Amar mengenai risiko pembedahan sebaik sahaja mereka menetapkan prosedur yang akan dijalankan.

"Kami gembira ahli keluarga mangsa memberikan kerjasama yang baik pihak kami sejak beberapa hari yang lalu," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, turut melawat Mohd Amar pada Jumaat berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.

"Saya berharap kanak-kanak lelaki ini akan dapat menjalani kehidupannya seperti biasa secepat mungkin.

"Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatannya pulih," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan