Najib Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon MT, Umno Bahagian

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon Majlis Tertinggi dan Umno Bahagian yang bertanding pada Sabtu.

Perdana menteri juga meminta anggota perwakilan memilih calon yang terbaik demi menjamin keutuhan parti.

"Saya ucapkan selamat berjaya kepada calon-calon MT dan Umno Bahagian yang bertanding. Semoga para perwakilan memilih yang terbaik demi keutuhan parti," katanya dalam Twitternya awal pagi Sabtu.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi serta wakil bahagian Umno bermula serentak di 191 bahagian pada 8 pagi Sabtu.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti berbanding 2,500 perwakilan sebelum ini.

Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden umno apabila diumum menang tanpa bertanding pada 21 Sept lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan