Mesyuarat Perwakilan Bahagian & Pemilihan Bermula Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi Sabtu.

Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.

Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.

Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.

Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.

Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).

Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan