Liow Nafi Semua Dakwaan Dilempar Terhadapnya

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai menyangkal dakwaan bahawa beliau meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk campur tangan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang dijadualkan pada Ahad ini.

"MCA boleh menguruskan isu dalaman tanpa campur tangan daripada mana-mana parti," kata Timbalan Presiden MCA itu pada sidang media di sini Jumaat.

Seramai 20 ahli jawatankuasa pusat mencadangan supaya EGM diadakan bagi mengecam Liow atas pelbagai sebab termasuk keengganan beliau menerima dan menghormati keputusan bersama parti dan kegagalannya dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa persediaan pilihan raya umum.

Liow turut menafikan dua lagi dakwaan terhadapnya iaitu menggesa presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya meletak jawatan daripada parti dan membelanjakan RM600,000 dana MCA untuk kunjungan ke Taiwan dan China.

"Presiden parti telah mendakwa saya menyebabkan keretakan di dalam parti, tetapi perjalanan saya ke seluruh negara dilakukan secara terbuka dan saya menerima maklum balas positif daripada peringkat akar umbi," kata Liow.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan raya MCA dengan berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan lalu, beliau telah menubuhkan bilik operasi di setiap bahagian dan memastikan mereka berkomunikasi dengan jawatankuasa pusat.

"Perwakilan akan menentukan masa depan parti, dan saya merayu kepada semua perwakilan untuk mempertahankan parti dan tidak melemparkan tuduhan liar terhadap saya.

"Saya yakin perwakilan MCA akan membuat keputusan terbaik pada Ahad ini. Mereka mengetahui bahawa saya pemimpin yang ikhlas, tidak mempunyai agenda tersendiri melainkan berkhidmat kepada parti dan rakyat," kata Liow.

Mengenai keengganan MCA untuk menyertai Kabinet atau menerima sebarang jawatan kerajaan, Liow berkata keputusan itu perlu dikaji semula dari semasa ke semasa.

Liow turut merayu kepada semua perwakilan MCA supaya berhenti membuat tuduhan peribadi terhadapnya.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan