Kubang Pasu: Johari Menang Jawatan Ketua Penggal Keempat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Datuk Mohd. Johari Baharom mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu buat penggal keempat selepas memenangi pemilihan barisan kepimpinan Umno pada Sabtu.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 petang ini menyaksikan beliau bakal bergandingan dengan Zulfitri Yaacob sebagai Timbalan Ketua dan Aminuddin Omar sebagai Naib Ketua.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan