Kuala Krai: Ramzi Kekal Jawatan Dengan Perbezaan 10 Undi

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Penyandang Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti yang berlangsung pada Sabtu dengan perbezaan hanya sepuluh undi.

Ramzi mendapat 382 undi untuk mengatasi Datuk Wan Zaid Wan Abdullah (372) dan Sayed Mohd. Ali Saipuddin yang hanya memperoleh 24 undi.

Jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pula menyaksikan bekas Ketua Pemuda bahagian, Tuan Aziz Tuan Hamat @ Tuan Mat memenangi jawatan tersebut selepas menewaskan Azizzuddin Hussein dan Amran Mat.

Tuan Aziz memperoleh 395 undi sementara Amran (205) dan Azizzuddin pula sebanyak 175 undi.

Samsudin Arifin pula memenangi jawatan Naib Ketua Umno Bahagian selepas memperoleh 236 undi, menewaskan empat pencabar lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan