Keputusan Rasmi Pemilihan Umno Dijangka Mula Diumum 10 Malam - Ab Rauf

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Keputusan rasmi pemilihan peringkat Majlis Tertinggi Umno termasuk jawatan naib presiden dijangka mula diumum pukul 10 malam Sabtu, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata keputusan itu akan diumum secara berterusan seperti pengumuman pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober lepas.

"Mungkin ada yang boleh dapat awal (keputusan) bergantung kepada saiz (anggota) bahagian...kalau ikutkan perwakilan melebihi 1,000 atau 2,000 orang seperti Kinabatangan, Semporna dan Baling keputusan (bagi bahagian itu) paling awal pukul 1 pagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Masjid Tanah di sini Sabtu.

Pada pemilihan itu Ab Rauf bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah menentang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi di 191 bahagian diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu bagi pemilihan kali ini berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan saf kepimpinan pusat semasa perhimpunan agung Umno di ibu negara.

Ab Rauf berkata hanya ibu pejabat Umno dan jawatankuasa pemilihan mempunyai kuasa untuk mengumumkan keputusan rasmi pemilihan itu.

"Saya amat menghargai usaha media mendapatkan keputusan awal tetapi saya ingatkan hanya ibu pejabat Umno dan jawatankuasa pemilihan sahaja yang akan mengeluarkan keputusan dan keputusan itu dianggap rasmi serta muktamad," katanya.

Beliau berkata proses pemilihan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari Sabtu berjalan lancar.

Mengenai kekecohan di bahagian Kalabakan dan Kinabatangan di Sabah, Ab Rauf berkata beliau belum menerima laporan mengenai perkara itu.

Beliau turut mengingatkan semua perwakilan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara tidak diigini berlaku pada mesyuarat dan pemilihan Umno ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan