Jangan Salah Guna Pemilihan Umno - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Umno di peringkat negeri dan bahagian dinasihatkan untuk tidak menggunakan pemilihan parti pada Sabtu sebagai platform untuk 'menyingkirkan' musuh politik mereka.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan yang bebas kepada sesiapa itu merupakan peluang kepada parti untuk membuktikan bahawa parti bersedia melakukan perubahan dan memberi nafas baharu untuk kekal relevan dalam senario politik negara yang telah berubah dan tidak memilih puak-puak tertentu.

"Ini adalah peluang kepada kita untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita inklusif, terbuka dan bersedia untuk melakukan perubahan. Ini adalah ujian pertama kita," katanya dalam satu temubual bersama Umno Online, portal berita rasmi parti itu menjelang pemilihan parti pada Sabtu.

Muhyiddin berkata selagi sebab utama bagi calon-calon yang mengundi pada pemilihan itu adalah untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat, Umno tidak akan berpecah, walaupun jumlah calon yang bertanding cukup ramai.

"Apabila kita lihat ini adalah proses menawarkan diri sendiri untuk berkhidmat dan bukannya merebut jawatan, ia tidak akan menjejaskan parti.

"Namun, terdapat beberapa bahagian yang sudah berpecah sebelum pemilihan ini lagi. Bahagian-bahagian itu masih berdepan masalah dalaman dan pemilihan kali ini akan digunakan sebagai platform untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

"Perkara seperti ini membimbangkan saya kerana saya tahu ia berlaku di beberapa bahagian dan negeri," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilihan pada Sabtu harus digunakan oleh perwakilan di peringkat akar umbi untuk menyelesaikan permasalahan itu dan menangani kelemahan parti dengan memilih pemimpin yang boleh membawa parti ke tahap yang lebih tinggi.

Muhyiddin berkata sistem baharu itu akan menjadikan Umno lebih kuat dan dihormati bukan saja oleh ahlinya tetapi juga rakyat Malaysia.

Ini, katanya, bukan saja memastikan kelangsungan dan kestabilan di dalam parti tetapi membuka ruang kepada pemimpin muda yang berkaliber dan berwawasan untuk menerajui parti.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan