Fadillah Mahu Pemuda PBB Rapatkan Barisan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof menggesa sayap itu merapatkan barisan dan kembali sebagai satu keluarga memandangkan pemilihan sudah berakhir.

Fadillah yang mengekalkan jawatan tanpa ditandingi turut meminta calon yang kalah agar mengetepikan rasa kecewa dan bersama-sama pemimpin yang dipilih memperkukuh sayap dan parti.

"Dalam parti pasti ada menang dan kalah, bila selesai pemilihan kita perlu kembali sebagai satu keluarga, satu pasukan untuk menguatkan parti dan bergerak bersama untuk memartabatkan perjuangan kepada masyarakat, negeri serta negara," katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.

Keputusan pemilihan yang diadakan semalam menyaksikan Ripin Lamat menang jawatan naib ketua Pemuda bagi kuota bumiputera menewaskan tiga lagi calon iaitu Halmi Morsili, Abdul Aziz Adenan dan Haider Heli.

Jawatan naib ketua Pemuda untuk kuota Pesaka pula dimenangi oleh Kr. Stanley Sila dan Bell Bernard Anggan tanpa ditandingi.

Bagi jawatan Majlis Tertinggi Pemuda PBB pula sebanyak 15 calon bertanding untuk kuota bumiputera dan lapan yang dipilih ialah Raymund Joseph Tamin, Abdul Ghani Sulhi, Iskandar Sarkawi, Merdehi Mas, Othman Mat, Yusuf Buji, Mohamed Ibrahim Husli, dan Sufian Mohat.

Bagi kuota Pesaka, lapan calon bertanding dan lima yang menang ialah Imong Gani, Stephen Augustine Laleng, Alvin Runggah Jimbun, Allan Siden Gramong dan Warren Sambau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan