Tukar Milik Kenderaan Boleh Dilakukan Dalam Talian Mulai 1 November - Berita Semasa | mStar

Tukar Milik Kenderaan Boleh Dilakukan Dalam Talian Mulai 1 November

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Perkhidmatan tukar milik kenderaan kini boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 November ini di bawah perubahan sistem dari Sikap ke mySikap.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata namun sebelum itu, pembeli dan penjual kenderaan mesti mendaftar di kaunter JPJ untuk melakukan pengesahan biometrik sebelum menggunakan kaedah dalam talian.

"Melalui kaedah ini, ia dapat mengelak pemalsuan identiti pemilik serta memudahkan pengguna. "Purata tahunan pengguna menggunakan perkhidmatan ini ialah 1.4 juta dan ini merupakan bilangan yang tinggi dan kritikal," katanya dalam sidang media di JPJ Bandar Baru Bangi di sini, Jumaat.

Beliau berkata melalui kaedah ini, pengguna boleh berurus niaga pada bila-bila masa dan mulai 1 Januari tahun hadapan pihaknya akan mengurangkan perkhidmatan di kaunter JPJ. Selain tukar milik kenderaan, perkhidmatan lain yang boleh digunakan melalui portal mySikap ialah pembayaran cukai, saman, pembaharuan lesen dan mendapatkan maklumat mengenai senarai hitam.

Ismail berkata perubahan sistem itu juga ialah bagi menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat 85 peratus perkhidmatan agensi kerajaan dilakukan menerusi dalam talian menjelang 2015.

"Sebelum ini kita hanya menggunakan kira-kira 35 hingga 40 peratus perkhidmatan secara dalam talian, namun meningkatkannya bagi menyahut seruan kerajaan," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan