Tee Keat Berhak Tanding Mana-Mana Jawatan Dalam MCA - Soi Lek

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan dalam MCA, kata presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, mana-mana perwakilan MCA pusat berhak untuk bertanding dalam pemilihan baru parti Disember ini.

"Ong Tee Keat mempunyai hak untuk bertanding. Mana-mana perwakilan pusat pun boleh bertanding untuk jawatan baru dan bergantung kepada perwakilan pusat untuk memutuskannya," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Ong menawarkan diri untuk bertanding jawatan "tertentu" termasuk kemungkinan jawatan presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Ditanya adakah akan menasihatkan Ong untuk bertanding jawatan presiden bagi mengetepikan Liow, Chua berkata, beliau tidak akan berbuat demikian.

Ditanya adakah sekiranya Ong akan bertanding jawatan presiden itu bertujuan untuk kepentingan parti, Chua berkata, "Itu perlu ditanyakan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat."

Tee layak bertanding untuk jawatan presiden atau sebarang jawatan lain dalam jawatankuasa pusat parti setelah dipilih sebagai perwakilan MCA bahagian Kubang Pasu baru-baru ini.

Bagaimanapun Ong belum mengesahkan sama ada akan bertanding untuk jawatan presiden atau tidak, dan sekiranya benar bertanding bagi jawatan itu, beliau akan mencabar timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Chua pula menasihati Liow untuk tidak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti bagi memberi peluang kepada generasi baharu untuk menerajui kepimpinan parti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan