Syed Abdul Razak Tawar Diri Tanding Naib Presiden Gerakan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik antarabangsa, Syed Abdul Razak Alsagoff pada Jumaat menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden Gerakan pada pemilihan parti itu Sabtu depan.

Syed Abdul Razak, 53, berkata beliau mengambil keputusan itu bagi menangkis persepsi sesetengah pihak bahawa Gerakan adalah parti yang didominasi satu kaum selain ingin meningkatkan martabat parti itu ke arah kegemilangan.

Anggota Jawatankuasa Gerakan Selangor itu berkata, bagi merealisasikan misinya itu, beliau berhasrat menambah bilangan anggota Melayu sebanyak 15 ke 20 peratus berbanding lima hingga tujuh peratus sekarang.

"Saya ingin menambah keanggotaan orang Melayu dan India supaya boleh mengimbangi keanggotaan Gerakan, saya juga ingin memainkan peranan efektif supaya orang di luar sana tidak kata parti Gerakan didominasikan kaum Cina tetapi ia parti 1Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kali terakhir Gerakan dipimpin oleh orang Melayu ialah sekitar 1968-1969 apabila Syed Husin Alatas menjadi Presiden Gerakan.

Syed Abdul Razak juga yakin kefasihannya berbahasa Hokkien dan Kantonis serta Bahasa Inggeris mampu menawan lebih 1,800 perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan minggu depan.

"Saya ingin membantu pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden yang baharu nanti untuk sama-sama menaikkan martabat Gerakan sebagai parti 1Malaysia," katanya.

Beliau pernah menganggotai Umno pada tahun 1989-1994 sebagai Bendahari Umno Cawangan Jalan Sultan Ismail sebelum mula menyertai Gerakan pada Jun 2008 dan kini merupakan Ketua Cawangan Kampung Melayu Subang.

Pencalonan untuk pemilihan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden Gerakan akan berlangsung pada Sabtu manakala pengundian akan diadakan pada Persidangan Perwakilan Gerakan ke-42 pada 26 Oktober ini.

Sementara itu, hasrat Syed Abdul Razak untuk bertanding jawatan naib presiden Gerakan itu disambut baik oleh pemimpin-pemimpin parti.

Ketua Wanita Datuk Tan Lian Hoe berkata perkembangan itu adalah baik kerana parti sentiasa mengalu-alukan lebih ramai golongan intelek untuk memainkan peranan lebih besar dalam parti. "Syed adalah seorang yang sangat lantang dalam menyuarakan pendapatnya di peringkat negeri dan kami harap untuk mendapat lebih ramai individu seperti beliau menyumbang untuk peremajaan dan kebangkitan semua parti," katanya.

Bersetuju dengan Tan, naib presiden A. Kohillan Pillay berkata Gerakan tidak pernah menyekat sesiapa pun daripada bertanding. "Semua orang boleh bertanding. Bagaimanapun terpulang kepada mereka (calon) untuk membuktikan 'nilai' mereka dalam usaha mendapatkan undi daripada perwakilan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan