Salurkan Dakwaan Berkaitan Pemilihan Umno Kepada Lembaga Disiplin - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata segala dakwaan berkaitan isu pemilihan Umno wajar disalurkan kepada Lembaga Disiplin parti itu terlebih dulu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata sekiranya badan disiplin itu mendapati dakwaan berkenaan mempunyai bukti berlakunya perlakuan rasuah, ia boleh dirujuk kepada SPRM untuk tindakan undang-undang.

"SPRM ingin menegaskan bahawa perkara ini tidak tertakluk kepada pemilihan Umno semata-mata tetapi turut merangkumi pemilihan parti-parti politik lain di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Shukri berkata berdasarkan pengalaman lalu, maklumat yang dirujuk kepada SPRM lebih menjurus kepada pelanggaran kod etika parti.

"Oleh itu, amatlah wajar perkara ini diteliti jawatankuasa disiplin parti masing-masing," katanya menambah SPRM hanya akan bertindak sekiranya maklumat itu mengandungi elemen rasuah seperti diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009.

Katanya menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat sebarang aduan berunsur rasuah daripada mana-mana parti politik mengikut peruntukan dalam akta itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan