Pusat Pelindung Bayi Tempat Selamat Untuk Bayi Yang Tidak Diperlukan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraini menunjukkan cara untuk penyerahan bayi di Pusat Pelindung Bayi.
Noraini menunjukkan cara untuk penyerahan bayi di Pusat Pelindung Bayi.

PETALING JAYA: Setelah dikritik kerana menggalakkan gejala sosial, Pusat Pelindung Bayi yang pertama di Malaysia membuktikan bahawa ia merupakan jalan keluar bagi ibu baru yang tidak boleh atau tidak mahu menjaga anaknya.

Sejak empat tahun penubuhannya pada 2009, seramai 133 bayi telah diterima di ketiga-tiga pusat di Johor Bahru, Kota Bharu dan di sini.

Dan bilangan itu meningkat kira-kira tiga bayi setiap bulan.

Yayasan OrphanCare, yang mengendalikan pusat itu berkata, wanita yang meninggalkan bayi mereka di pusat-pusat terbabit merupakan mereka yang berusia antara 15 dan 32 tahun.

Katanya, kebanyakan gadis mengatakan ibu bapa mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya hamil.

"Terdapat banyak kes di mana ibu bapa tidak menyedari anak-anak perempuan mereka hamil, walaupun mereka tinggal di rumah yang sama," kata pemegang amanah yayasan itu, Noraini Hashim.

Kebanyakan bayi, katanya, telah diberikan oleh ibu-ibu muda kerana mereka takut untuk memberitahu ibu bapa dan keluarga mereka.

"Di sini adalah tempat yang selamat untuk bayi mereka daripada membuangnya di mana-mana," katanya.

Menurut data dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), seramai 257,000 bayi yang dilahirkan secara luar nikah di negara ini antara tahun 2002 hingga 2012.

Sementara itu, satu tinjauan yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 10% daripada pelajar-pelajar sekolah menengah adalah aktif secara seksual, dengan ramai di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Daripada 133 bayi yang ditinggalkan di tiga pusat perlindungan itu, seramai 50 ibu muda yang berubah hati dan mengambil keputusan untuk menjaga bayi mereka selepas bertemu dengan kaunselor di pusat berkenaan.

Ketiga-tiga pusat mengambil dalam 83 bayi, yang dijadikan sebagai anak angkat.

Daripada jumlah bayi yang diterima, 52 daripadanya adalah Melayu, empat India, dua Cina dan 16 kaum lain.

Sembilan bayi lagi tidak dapat ditentukan kaumnya kerana mereka ditinggalkan di pusat itu oleh ibu-ibu yang ingin membiarkannya tanpa nama.

Seramai 45 bayi adalah perempuan dan 38 lelaki.

Di pusat pelindung bayi itu terdapat ruang kecil yang berhawa dingin untuk meletakkan bayi di luar premis.

Si ibu perlu membuka pintu, meletakkan bayi mereka di dalam ruang berkenaan dan menutup pintu, dan selepas itu penggera padam untuk memberi makluman kepada kakitangan.

Noraini berkata, beliau terkejut bahawa hanya sembilan daripada bayi yang sebenarnya telah ditinggalkan dalam pusat pelindung itu oleh ibu-ibu mereka memilih untuk membiarkan anak-anak mereka kekal tanpa nama.

"Wanita-wanita lain, yang biasanya datang sendiri atau dengan kawan-kawan atau walaupun dengan seorang ibu/bapa, memasuki pusat kami, bercakap dengan kami dan memberikan kami dokumen yang diperlukan untuk bayi mereka.

"Ini menjadikan proses pengambilan anak angkat lebih mudah kerana kita juga akan tahu bangsa dan agama kanak-kanak.

"Kita mula-mula cuba untuk meyakinkan mereka untuk menjaga bayi mereka, terutamanya jika mereka berada dalam hubungan yang stabil dan merancang untuk berkahwin nanti dengan pasangan mereka," kata beliau.

Selepas bayi itu diambil dari pelindung itu, yayasan itu mendapatkan doktor untuk menjalankan pemeriksaan perubatan penuh apabila bayi itu akan diambil sebagai anak angkat.

Keutamaan diberikan kepada pasangan yang telah berkahwin selama lebih lima tahun dan tidak mempunyai anak.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan