Polis Siasat Mohd Ali Berhubung Dakwaan Kenyataan Berbaur Hasutan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu majlis pada minggu lalu telah dibuka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kes tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal.

Tindakan itu susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Lai Kuen Ban membuat laporan polis ke atas calon jawatan Naib Presiden Umno itu berhubung kenyataan yang didakwa dibuat dalam satu majlis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada 8 Oktober lalu.

Kenyataan itu termasuk perbandingan ekonomi di antara kaum Melayu dan Cina.

Beliau dilaporkan memberi kenyataan mengenai kasino, loteri, rumah urut dan ah long tidak dibenarkan kepada kaum Melayu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, polis telah mula merakamkan keterangan daripada penganjur majlis dan tetamu yang hadir tetapi masih belum memanggil Mohd Ali.

"Kami akan memanggilnya dengan segera. Selepas kenyataan itu direkodkan, kes ini akan dikemukakan kepada pendakwa raya untuk menentukan sama ada beliau akan didakwa," kata Azlee.

Mohd Ali tewas kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) di kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

Beliau antara enam calon yang bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan Majlis Tertinggi Umno, Sabtu ini.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan