Pertarungan Satu Lawan Satu Bagi Jawatan No 1 & 2 Pemuda Gerakan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Gerakan pada pemilihan sayap parti itu 25 Oktober ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara timbalan Ketua Pemuda kebangsaan Oh Tong Keong dan Ketua Pemuda negeri Kedah, Tan Keng Liang.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda turut menyaksikan pertembungan dua calon antara timbalan Ketua Pemuda bahagian Kelana Jaya, Andy Yong Kim Seng dan Ketua Pemuda bahagian Kepala Batas, Teow Jit Meng.

Penyandang Ketua Pemuda Datuk Lim Si Pin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan kali ini.

Keputusan calon yang bertanding diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan parti, Tan Sri Dr Chin Fook Weng selepas tamat proses penamaan calon Pemuda di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Cheras, di sini, Jumaat.

Empat calon - Eee Chin Onn, Raja Muharimi Raja Muhammad, Yap Wen Piau dan Chang Yoong Hsi akan bertanding merebut tiga jawatan naib ketua Pemuda.

Sebanyak 18 calon bertanding untuk 12 kerusi Jawatankuasa Pusat (CC) termasuk empat penyandang iaitu Tang Luan Kang, Tan Hum Wei, Ooi Zhi Yi dan Chong Chee Yen.

Bercakap kepada pemberita selepas mengemukakan kertas pencalonan masing-masing, Oh dan Tan berkata mereka berazam untuk memperkukuhkan struktur di peringkat akar umbi sekiranya diberi mandat memimpin sayap itu.

Kedua-dua calon Ketua Pemuda itu turut beriktiar akan membawa lebih banyak pemuda menyertai parti itu.

Sebanyak 900 perwakilan Pemuda kebangsaan layak untuk mengundi pada pemilihan tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan