Pendirian PR Dalam Penggunaan Kalimah Allah Adalah Sama

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan pendirian mereka bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan pada Isnin melarang akhbar Gereja Katolik The Herald daripada menggunakannya.

Dalam sidang akhbar bersama untuk mengumumkan pendirian mereka PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa mereka sentiasa konsisten dalam menangani isu tersebut dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan disalahertikan.

"Oleh yang demikian kami menyeru masyarakat agar bertenang sehingga segala proses perundangan berhubung isu ini diselesaikan," ujarnya lagi di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada lewat petang Khamis.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang.

Tegas Anwar, PR berharap tidak ada mana-mana pihak yang mengeksploitasikan isu ini untuk membangkitkan sentimen mana-mana kaum atau agama.

Anwar juga menegaskan tidak perlu kepada mana-mana pihak yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan menghentam pandangan pihak lain yang berbeza.

Ini termasuklah, katanya, pandangan yang disuarakan oleh bekas mufti Johor.

Anwar merujuk kepada pandangan yang disuarakan oleh Datuk Noh Gadut yang berkata sesiapa yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan itu boleh disifatkan sebagai murtad.

Malah kata Anwar, ulamak terkenal dunia, Yusof al-Qardhawi sendiri menegaskan yang kalimah Allah tidak eksklusif hanya untuk umat Islam.

Kepada satu soalan, Mustafa menjawab isu mengenai kalimah Allah ini tidak wajar dijadikan isu pada pilihan raya kecil Sg Limau 4 November nanti.

Dalam pada itu Anwar mengesahkan yang nama calon PR untuk pilihan raya itu nanti akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sg Limau pada Isnin, 21 Oktober.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Sg Limau menjadi kosong ekoran kematian wakilnya, iaitu bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan