Pemilihan Umno: Sokongan Akar Umbi Terhadap Hishammuddin Diragui

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin.
Hishammuddin.

PETALING JAYA: Menjelangnya pemilihan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Sabtu melihatkan masa depan politik penyandang Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diragui ekoran beliau tidak lagi dilihat sebagai pilihan akar umbi.

Walaupun trend mengundi dalam pemilihan Sabtu lalu daripada tiga sayap menunjukkan penyandang kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempertahankan jawatan, namun senario ini mungkin berbeza pemilihan MT dengan tanda-tanda akar umbi akan memilih calon baru pada Sabtu ini.

"Hishammuddin dilihat sebagai menteri yang lemah, terutamanya apabila beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selayang, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi The Star Online.

Hasnal Rezua menyifatkan Hishammuddin hanya memimpin dengan "cara yang selamat" dalam dasar membuat keputusan dan tidak segera menyelesaikan masalah.

"Sebagai contoh, beliau tidak tegas dalam mengambil pendirian terhadap penunjuk perasaan Bersih dan mereka yang melanggar undang-undang, berbanding dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Beliau berkata, prestasi calon dalam Kabinet akan menjadi petunjuk utama dalam menentukan undi daripada akar umbi.

"Kata-kata daripada akar umbi memberitahu saya bahawa mereka mungkin akan mengekalkan dua penyandang, Zahid, kerana vokal dan ketegasannya dan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana menerima sokongan besar dari Sabah, negeri asalnya," katanya.

Hasnal berkata, dan calon yang paling digemari yang mempunyai potensi untuk menjatuhkan Hishammuddin adalah tidak lain tidak bukan adalah daripada calon yang paling muda dalam persaingan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Mukhriz dilihat sebagai seseorang yang mampu membawa perubahan dalam Umno dan dia mampu meremajakan parti," katanya.

Hasnal berpendapat bahawa anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sesuai dengan 'mood' perwakilan.

"Mukhriz dianggap sebagai calon yang sesuai di kalangan belia kerana beliau pada awal kerjaya politiknya tidak seperti yang lain," kata Hasnal.

Turut berkongsi pandangan yang sama, Anuar Basiran dari Umno bahagian Sepang melihat perubahan dalam trend mengundi.

"Bagaimanapun, kami ingin mengekalkan beberapa penyandang kerana kita masih memerlukan pemimpin yang berpengalaman.

"Malangnya, Hishammuddin tidak akan berada dalam senarai itu," katanya yang juga memetik "kegagalan" beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Tidak seperti Zahid, Hishammuddin tidak memberi kesan ketika beliau memegang portfolio menteri. Beliau juga gagal untuk mempopularkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan ketika ia di bawah tanggungjawab beliau.

"Kita perlu memberi peluang kepada orang-orang yang mampu melaksanakannya," katanya, yang turut merujuk Mukhriz sebagai "hero baru" di kalangan akar umbi.

Anggota Exco Puteri Umno yang baru dipilih, Noor Aieza Hassan dari bahagian Bayan Baru turut menyatakan "kelemahan" Hishammuddin dalam menangani serangan yang dibuat oleh pembangkang.

"Beliau seolah-olah tidak tegas dengan pembangkang. Berbeza dengan Zahid yang lebih bersuara," katanya ketika dihubungi.

Walaupun banyak telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Zahid, Mukhriz dan Shafie, Noor Aieza berkata, tidak seharusnya memandang rendah terhadap pengaruh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam.

"Beliau adalah orang lama dan beliau telah melibatkan diri dengan akar umbi untuk masa paling lama. Beliau sudah tentu mempunyai hubungan rapat dengan akar umbi," katanya.

Noor Aieza berkata, latar belakang Mohd Ali sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjadi satu kelebihan kerana kebanyakan akar umbi dapat mengenali beliau.

"Beliau adalah seseorang yang melakukan kerja, lantang dan tidak putus hubungan dengan orang-orang di bahagian bawah," kata beliau.

Noor Aeina berkata, secara peribadi katanya, beliau ingin melihat pasukan Zahid, Ali dan Mukhriz untuk memimpin untuk penggal yang akan datang.

"Kami, di peringkat akar umbi, akan menyokong orang-orang yang begitu dekat dengan rakyat dan pada masa yang sama berjuang untuk hak-hak orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin ini sememangnya mempunyai kriteria tersebut," katanya.

Perebutan jawatan naib presiden dijangka sengit pada Sabtu ini apabila pencabar, Mukhriz, Ali dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad mencabar penyandang jawatan itu, Zahid, Hishammuddin dan Shafie.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan