Mah Siew Keong Akan Tanding Jawatan Presiden Gerakan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mah Siew Keong.
Mah Siew Keong.

KUALA LUMPUR: Pemangku Setiausaha Agung dan Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan bertanding untuk jawatan presiden pada pemilihan parti 26 Oktober ini.

"Saya dengan rendah diri menawarkan diri saya untuk jawatan presiden dan saya harap akan mendapat sokongan daripada semua perwakilan," kata Mah.

Mah berkata, beliau akan mendedahkan manifestonya beberapa hari selepas penamaan calon pada Sabtu.

Beliau berkata, Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Pada sidang media di ibu pejabat parti, Mah mengumumkan beliau akan mengumumkan manifestonya beberapa hari selepas penamaan calon pada Sabtu.

Selain Mah, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan bekas Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye juga dijangka bertanding jawatan tertinggi parti, namun tiada pengumuman rasmi dibuat mengenainya setakat ini.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Gerakan juga bakal menyaksikan saingan dua penjuru antara Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, dan Setiausaha Agungnya, Oh Tong Keong.

Datuk Tan Lian Hoe pula akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang disandangnya bagi penggal ketiga selepas memenangi tanpa bertanding.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan