Jutaan Umat Islam Kembali Ke Makkah Untuk Tawaf Rukun

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Jutaan umat Islam termasuk 22,320 jemaah haji Malaysia mula kembali membanjiri Makkah pada pagi Jumaat setelah selesai mengerjakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamratul di Mina.

Mereka bergerak secara berperingkat ke maktab masing-masing sebelum ke Masjidil Haram bagi menunaikan tawaf rukun mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dan kemudiannya bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah serta bertahlul.

Setelah mereka mengerjakan ibadah-ibadah rukun itu, jemaah haji secara sahnya telah selesai menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Bagaimanapun sebilangan jemaah termasuk pasukan petugas Tabung Haji (TH) dan pasukan media telah selesai mengerjakan ibadah haji kerana melakukan Nafar Awal.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu pemberita di sini, jumlah kes jemaah haji Malaysia yang tersasar dari arah jalan di Mina ialah sebanyak 20 orang sahaja dan kesemuanya ditemui oleh pasukan peronda TH.

Katanya, mereka didapati tersasar setelah berjalan bersendirian kerana mahu melakukan ibadah melontar tanpa mengikut kumpulan jemaah.

Beliau berkata, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air pada 21 Oktober manakala jemaah kumpulan terakhir dijadual berlepas pulang pada 17 November.

Sementara itu, Ketua Operasi Media TH Anis Zuhani Ahmad berkata, setakat ini sebanyak 12 jemaah haji Malaysia meninggal dunia dan yang terbaharu ialah jemaah wanita Tumiah Md Tubin, 58, dari Kukup, Johor.

Tumiah meninggal dunia di Mina pada pukul 1 tengah hari Khamis setelah dimasukkan ke pusat rawatan TH di Mina Muassim akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek di Makkah pada Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan