Umno Perlukan Lebih Ramai Pemimpin Muda - Razali

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno memerlukan lebih ramai pemimpin muda menganggotai barisan kepimpinan Majlis Tertinggi bagi menghadapi realiti dan landskap politik semasa, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pemilihan lebih ramai pemimpin muda dapat menyediakan Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan menyaingi parti lawan yang banyak membariskan pemimpin muda.

"Berkongsi pengalaman dengan pemimpin lama dan idea segar daripada pemimpin muda sudah tentunya dapat menterjemahkan konsep meremajakan parti sekali gus mampu meraih sokongan rakyat kepada Umno," katanya.

Razali percaya para perwakilan akan memberi ruang kepada pemimpin muda untuk membarisi kepimpinan parti bagi membolehkan Umno terus segar dan relevan, selain mewujudkan gandingan pemimpin lama dan baharu bagi memastikan keseimbangan landskap politik hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peluang pemimpin muda membarisi Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan Sabtu ini yang melibatkan 71 calon yang bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding.

Sabtu ini, 144,297 perwakilan Umno di seluruh negara akan menentukan pucuk pimpinan parti di peringkat bahagian dan pusat secara serentak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan