Ujian Beban Di Navigasi Jarak Utama Jambatan P.Pinang Kedua Berjaya

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pemegang konsesi untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua, telah berjaya menjalankan ujian beban di navigasi jarak utama jambatan (main navigation span) itu pada Khamis.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata siri-siri ujian beban itu adalah yang pertama dikendalikan di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum ia boleh diperakui untuk perkhidmatan dan dibuka kepada orang ramai.

"Ujian beban itu dijalankan di jambatan kabel 475 meter bagi menentukan kapasiti beban jambatan siap bersamaan dengan yang telah diramalkan oleh teori dan seterusnya menentukur model pengiraan," kata beliau di sini.

Ismail berkata demikian selepas menyaksikan ujian beban oleh 17 treler dengan jumlah beban 595 tan metrik ditempatkan di sepanjang 240 meter jarak utama itu.

Difahamkan ujian beban akan dikendalikan bulan depan di Ramp 2 Persimpangan Bertingkat Batu Maung (Pakej 3A), yang runtuh pada 7 Jun, bagi mendapatkan semula keyakinan orang ramai ke atas strukturnya.

Ismail berkata ujian itu amat penting bagi memastikan jarak utama itu dibina mengikut spesifikasi reka bentuk dan menentukur struktur sebenar berbanding yang diramalkan oleh teori.

Ujian itu dilakukan oleh CHEC Construction (M) Sdn Bhd, anak syarikat China Harbour Engineering Co (CHEC) dan kontraktor dilantik untuk Pakej 1 projek pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Ujian pada Khamis ialah sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh JKSB kepada kontraktor terlibat dan untuk memberikan kepastian kepada orang ramai jambatan itu boleh bertahan dengan beban seumpama itu dan bertepatan dengan Standard Reka Bentuk Antarabangsa.

Sebelum ini, 'approach span' Pakej 2 oleh UEM Bhd turut diuji untuk kapasiti bebannya yang dilaksanakan di Span S191 dari 22-26 April dan ujian itu mengesahkan kapasiti beban dibawa bersamaan dengan pengiraan teori.

Ujian beban wajib dijalankan di jambatan-jambatan baharu di Switzerland dan beberapa negara Eropah sebelum ia dibenarkan untuk dibuka kepada orang awam sementara ia kerap dilaksanakan di AS.

Jambatan Pulau Pinang Kedua bernilai RM4.5 bilion itu dijangka siap pada 8 November. Ia akan menghubungkan Batu Maung di pulau dan Batu Kawan di tanah besar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan