Tindakan Boleh Diambil Terhadap Mereka Yang Bertanggungjawab Terhadap Kes Keracunan Makanan - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab terhadap kes-kes keracunan makanan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, apabila berlakunya kes keracunan makanan, siasatan menyeluruh dijalankan untuk menentukan puncanya.

"Dan jika kita mendapati keracunan makanan itu berlaku kerana kurangnya pematuhan terhadap penyediaan makanan, pengendalian dan cara hidangan yang betul, kita boleh mengambil tindakan," kata Dr Subramaniam pada sidang akhbar pada satu majlis anjuran Tamil Bell Club di sini Khamis.

Beliau mengulas mengenai kejadian di mana kira-kira 151 pelatih polis bantuan di Pusat Latihan Polis di Ayer Hitam, Jempol, disyaki mengalami keracunan makanan pada Rabu.

Dr Subramaniam berkata mereka yang menyediakan makanan mesti memastikan bahawa mereka sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kejadian itu daripada berlaku.

Tiga orang terbunuh dan 60 yang lain dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan selepas makan hidangan ayam di majlis perkahwinan di Tanjung Dawai berhampiran Sungai Petani akhir bulan lalu.

Dr Subramaniam berkata, keracunan makanan berlaku disebabkan pelbagai faktor.

"Ia boleh disebabkan cara penyimpanan, sebelum makanan itu dimasak atau kaedah memasak dan masa penggunaan.

"Kadang-kadang jika orang yang menyediakan makanan mempunyai luka di tangan mereka, ia juga boleh membawa kepada keracunan makanan," kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata kadang-kadang makanan tetap dimakan walaupun 10 jam selepas ia disediakan.

Dalam perkembangan lain , Dr Subramaniam berkata, sudah ada satu sistem penampan untuk memantau ubat-ubatan tradisional yang dibawa ke negara ini.

Beliau berkata mereka yang ingin membawa masuk ubat-ubatan tradisional mesti menyediakan data Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mengenai kandungannya.

"Dadah hanya boleh dibawa masuk selepas ini dilakukan dan ia berdaftar di sini.

"Masalah timbul apabila ubat-ubatan yang dibawa masuk tanpa pendaftaran," kata Dr Subramaniam.

Beliau menjawab soalan mengenai ubat tradisional yang didapati mengandungi bahan kimia terlarang, hanya selepas ia telah dibawa masuk ke negara ini dan dijual.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan