TH Kaji Lantik Rakyat Malaysia Jadi Mutawif Haji - Abdul Azeez

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tabung Haji (TH) akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan badan itu menggunakan khidmat rakyat Malaysia di Makkah dan rakyat Arab Saudi sebagai petugas TH pada musim haji akan datang.

Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim berkata cadangan itu jika dipersetujui kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan bilangan petugas TH dari 1,800 orang kepada 1,000 orang dan membolehkan kuota yang kosong itu diisi oleh jemaah haji.

"Cara ini juga dapat membantu memendekkan tempoh menunggu rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji.

"Bagaimanapun peraturan Arab Saudi tidak boleh diabaikan walaupun kerajaan negara itu menganggap jemaah Malaysia sebagai yang berdisiplin dan patuh," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau ditemui selepas mengunjungi rumah adik ipar Zolkifali Wahab, 57, di Taman Kelisa di sini dan menyampaikan sumbangan TH sebanyak RM1,500 kepada bapa allahyarham, Wahab Saad, 77. Zolkifali meninggal dunia di Makkah Isnin lepas.

Sehubungan itu, TH akan berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kelonggaran menggunakan khidmat rakyat Malaysia dan Arab Saudi sebagai petugas TH.

Cadangan menggunakan khidmat penuntut Malaysia dan warga Arab Saudi sebagai 'mutawif' atau jurupandu sedang diteliti terutama dari segi undang-undang negara itu sebelum rundingan dapat diadakan, katanya.

Abdul Azeez berkata TH sentiasa berusaha membuat banyak penambahbaikan perkhidmatan untuk keselesaan jemaah termasuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat.

Beliau berkata akauntabiliti dan tanggungjawab TH juga akan dipertingkat supaya jemaah terus menikmati perkhidmatan terbaik dari masa ke semasa.

Sementara itu, Zainab Yaacob, 39, berkata abang iparnya yang merupakan pekerja am di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Alor Setar menghidap kencing manis sejak dua tahun lepas.

"Saya mendapat panggilan daripada kakak saya, Mariam kira-kira pukul 1.08 pagi Selasa memaklumkan abang ipar saya dimasukkan ke hospital di Makkah dan pada pukul 2.34 pagi pegawai TH pula menelefon memaklumkan dia meninggal dunia pukul 6.50 petang (waktu Arab Saudi) hari Isnin di hospital di sana.

"Kami bersyukur dia sempat wukuf dan dibawa lalu di Muzdalifah oleh pegawai TH. Alhamdulillah dia meninggal dalam pakaian ihram dan tenang. Kami sekeluarga ucapkan terima kasih dengan perkhidmatan terbaik diberikan oleh TH," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan