SPNB Guna Skim Pembiayaan Baharu Untuk Program RMR1M

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) dijangka menggunakan skim pembiayaan baharu untuk program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)nya dengan penggunaan bank-bank panel tahun hadapan.

Naib Presiden Kanan (Kewangan), Zakaria Alang Hassan berkata kaedah lama mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk memproses pinjaman berikutan permohonan yang banyak dan peruntukan pula terhad.

Sebaliknya pula, skim pembiayaan baharu dijangka diproses dalam tempoh tiga hingga lima bulan.

"SPNB kini sedang memuktamadkan perjanjian dengan bank-bank iaitu Ambank, Maybank Islamic, Bank Rakyat dan Bank Islam, dan dijangka selesai menjelang November.

"Penglibatan bank-bank ini adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk membantu rakyat mempercepatkan pemprosesan pinjaman bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri," kata beliau dalam taklimat media mengenai skim pembiayaan baharu untuk program RMR1M di sini, Khamis.

Zakaria berkata Kementerian Kewangan telah mencadangkan SPNB agar menggunakan kaedah pembiayaan baharu agar rakyat boleh memiliki rumah dengan lebih cepat.

Di bawah program itu, SPNB menawarkan rumah tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

"Kerajaan akan menanggung subsidi masing-masing RM20,000, RM17,500 dan RM15,000 menurut harga-harga rumah berkenaan," kata beliau.

Selain daripada memberi subsidi kepada pembinaan rumah-rumah itu, kerajaan juga akan menanggung subsidi dua peratus daripada faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan