Puteri Umno Serah Kepada Perwakilan Pilih Tiga Naib Presiden - Mas Emieyati

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Puteri Umno yakin perwakilan pergerakan itu akan menimbangkan sebaiknya dan membuat pilihan bijak calon untuk mengisi tiga jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Sabtu ini.

Ketuanya Mas Emieyati Shamsudin berkata apa yang pasti keutamaan akan diberikan kepada trio yang diyakini mempunyai keserasian untuk bekerja bersama, mampu meneruskan perjuangan parti dan telah berjasa dalam usaha mengukuhkan parti keramat orang Melayu itu.

Beliau percaya mana-mana calon yang dipilih nanti akan berkhidmat dengan cemerlang untuk parti dan seluruh rakyat Malaysia.

"Sudah pasti enam calon (naib presiden) itu sama hebat, tetapi saya (secara peribadi) tidak boleh mewakili mereka (Puteri Umno) untuk memberikan pandangan kepada siapa yang mereka hendak (pilih jadi naib presiden).

"Saya serah kepada perwakilan kerana saya percaya mereka (perwakilan) bijak memilih dan pertimbangkan sebaiknya...setiap perwakilan punya hak memilih siapa yang layak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Alor Gajah dan Klinik Cure and Care 1Malaysia Alor Gajah di sini, Khamis.

Sabtu ini enam calon bakal berentap merebut jawatan naib presiden Umno iaitu tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Sementara itu, berhubung pandangan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam tadi bahawa masih ada yang melihat Umno sebagai sebuah parti bersifat eksklusif, Mas Emieyati berkata Umno bukan untuk orang Umno sahaja tetapi mempunyai peranan penting berkhidmat untuk rakyat.

"Lebih banyak program bagi membantu rakyat perlu diadakan bagi memastikan Umno ini parti yang 'inklusif' bukan 'eksklusif'," katanya.

Beliau berkata dengan cara itu kepercayaan rakyat terhadap Umno dapat dikukuhkan dan usaha menarik lebih ramai rakyat terutama golongan muda menyertai parti itu akan menjadi lebih mudah bagi memastikan Umno kekal relevan pada masa depan.

Dalam program itu, Zulkefli juga berkata kewujudan sesuatu cawangan Umno itu perlu dilihat dapat memayungi seluruh penduduk setempat dan apabila Umno terlalu mengejar perkara lain selain khidmat kepada masyarakat, masyarakat itu akan merasa tersisih daripada parti tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan