Peraturan Tidak Benarkan Siaran Langsung Prosiding PAC

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh dilakukan di hadapan kamera kerana ia melanggar Perkara 85, Peraturan Mesyuarat Parlimen, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.

Beliau berkata Perkara 85 menetapkan mana-mana keterangan diambil di hadapan mana-mana jawatankuasa khas dan dokumen dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana anggota jawatankuasa itu atau oleh mana-mana orang sebelum jawatankuasa membentangkan laporannya di Dewan Rakyat.

"Bagaimanapun, terpulang kepada menteri untuk menjawab dan mendapatkan kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat (untuk siaran secara langsung)," katanya kepada Bernama.

Kiandee diminta mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya prosiding PAC disiarkan secara langsung.

Semalam, Ahmad Shabery berkata Radio Television Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung prosiding itu sekiranya diberi kebenaran berbuat demikian.

Beliau berkata wujud keperluan untuk mengubah tanggapan bahawa prosiding PAC adalah rahsia dan hanya pengerusi dibenarkan mengeluarkan kenyataan, dan beliau berpendapat siaran langsung prosiding mampu menangkis tanggapan itu.

Menteri itu berkata beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding PAC membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM1.6 juta untuk bayaran tiga artis K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia tahun lepas, namun kos itu didakwa ditanggung penaja.

Sementara itu, Pengerusi PAC merangkap Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyambut baik cadangan Ahmad Shabery bagi prosiding PAC disiarkan secara langsung, menyatakan ia akan dapat memberikan gambaran jelas kepada rakyat mengenai apa sebenarnya yang dilakukan PAC dalam menyiasat Laporan Ketua Audit Negara.

"Bagaimanapun, cadangan itu perlu mendapat kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat memandangkan ia bertentangan dengan Perkara 85 Peraturan Dewan.

"Di pihak PAC, kami tidak mempunyai sebarang masalah (bagi siaran langsung). Ia bagus untuk jawatankuasa ini, memandangkan ramai yang memberi tanggapan bahawa PAC tidak mempunyai sebarang kuasa atau lebih tepat tidak 'bertaring'," katanya dalam kenyataan.

Nur Jazlan berkata, siaran langsung prosiding PAC bukan satu perkara baharu kerana ia sudah diamalkan di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia.

Beliau berkata PAC sebenarnya memainkan peranan penting untuk menjadi saluran utama rakyat meneliti kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Veteran DAP Lim Kit Siang, dalam blognya pada Jumaat lepas, berkata peraturan mesyuarat Parlimen perlu dipinda untuk membolehkan keterangan Ahmad Shabery di hadapan PAC dan prosiding di masa depan disiarkan kepada umum.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan