Pemilihan Gerakan: Jawatan Tertinggi Jadi Rebutan

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan Gerakan pada hujung bulan ini dijangka menyaksikan perebutan untuk jawatan-jawatan tertinggi peringkat pusat.

Yang pasti, pemilihan kali ini hangat memandangkan jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan.

Ini berikutan Datuk Chang Ko Youn yang memangku jawatan presiden sejak Mei lepas, telah mengumumkan hasrat untuk berundur, sekali gus membuka persaingan kepada pemimpin lain untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.

Ini juga merupakan kali pertama jawatan presiden Gerakan dipertandingkan sejak 2005, apabila presiden pada masa itu Tun Dr Lim Keng Yaik dicabar oleh timbalannya Datuk Seri Kerk Choo Ting.

Mendiang Dr Lim berjaya mempertahankan jawatannya dan kekal sebagai presiden Gerakan untuk penggal kesembilan.

Beliau kemudian bersara pada April 2007 dan jawatannya dipangku oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu yang juga Timbalan Presiden, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Koh kemudian menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti pada Oktober 2008, sebelum bersara pada Mei tahun ini.

Selain jawatan presiden dan timbalan presiden, tiga jawatan naib presiden dan 18 anggota jawatankuasa pusat juga dijangka menjadi rebutan.

Proses penamaan calon bagi jawatan tertinggi pusat akan diadakan Sabtu ini di Menara PGRM di sini manakala penamaan bagi sayap Pemuda dan Wanita akan diadakan Jumaat ini.

Menurut seorang petugas parti, persediaan untuk hari penamaan calon bagi badan induk dan kedua-dua sayap berjalan lancar.

"Penamaan akan berlangsung selama dua jam dari pukul 10 pagi dan selepas itu, tempoh bantahan selama 30 minit sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan," katanya.

Beliau berkata, ibu pejabat parti juga akan menyediakan borang pemilihan tambahan untuk mana-mana pihak yang berminat untuk bertanding. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan