Nahas Pesawat Di Laos: Wanita Kelahiran Pulau Pinang Antara Yang Dikhuatiri Terbunuh - Berita Semasa | mStar

Nahas Pesawat Di Laos: Wanita Kelahiran Pulau Pinang Antara Yang Dikhuatiri Terbunuh

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar bangkai pesawat milik Lao Airlines yang terhempas di Sungai Mekong, lewat malam Rabu. - Foto EPA
Gambar bangkai pesawat milik Lao Airlines yang terhempas di Sungai Mekong, lewat malam Rabu. - Foto EPA

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang, Angelin Teh antara 44 mangsa yang dikhuatiri terbunuh dalam nahas pesawat terhempas di Pakse, selatan Laos pada Rabu.

Wanita itu dipercayai bekerja dengan sebuah firma guaman dan berkahwin dengan warga Amerika.

Mereka menetap di Laos sejak tiga tahun lalu.

Suaminya turut maut dalam insiden itu.

Kedutaan Malaysia di Laos mengesahkan rakyat Malaysia, Angelin Teh dalam senarai pesawat malang itu.

Bagaimanapun mangsa tidak mendaftarkan diri dengan pejabat kedutaan.

Seorang pegawai berkata, pihak kedutaan sedang menunggu maklumat lanjut dari syarikat penerbangan itu dan kerajaan Laos.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan