Mukhriz Saran Proses Pendaftaran Anggota Umno Dipermudah

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menghadiri majlis ramah mesra bersama perwakilan Umno Selangor di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA
Calon Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menghadiri majlis ramah mesra bersama perwakilan Umno Selangor di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyarankan agar proses pendaftaran anggota baharu parti itu dipermudah memandangkan ada yang mendakwa proses sedia ada agak sukar.

"Proses mendaftarkan anggota masih dibelenggu dengan macam-macam masalah. Saya terima rungutan golongan profesional muda yang sudahpun berminat untuk menyertai Umno, tetapi ada yang kata pada saya sudah tiga hingga empat kali hantar borang, tapi borang hilang.

"Saya faham masalah ini sebab saya juga dulu jadi mangsa kepada masalah seperti ini dan yang merugikan kita ialah mereka ini begitu terbuka diterima oleh parti-parti pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, di sini Khamis.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata seharusnya proses pendaftaran anggota baharu tidak wajar dirumitkan sejajar dengan konsep Umno sebagai sebuah parti yang inklusif.

Mengulas kenyataan anggota veteran Umno Datuk Rahmah Abdul Hamid yang dilapor media sebagai kecewa dengan keputusan Mukhriz bertanding jawatan naib presiden parti, Mukhriz berkata beliau menghormati pandangan Rahmah.

Rahmah dilapor berkata aspek pengalaman harus dipertimbang ketika memilih calon yang tepat.

Menjawab komen Rahmah itu, Mukhriz berkata: "Saya rasa saya sudah melalui keseluruhan proses. Saya bermula sebagai Timbalan Ketua Cawangan Jitra. Kemudian saya bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, tetapi saya kalah.

"Kemudian saya dipilih menjadi anggota exco Pemuda dengan jumlah undi terbanyak dan kemudian saya bertanding untuk jawatan ketua Pemuda, saya kalah."

Katanya beliau hanya aktif dalam Umno sejak 10 tahun lalu kerana bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membenarkan anak-anak aktif dalam Umno ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Saya akan berusaha untuk meningkatkan prestasi saya dari sekarang," katanya.

Dalam pemilihan Sabtu ini Mukhriz berdepan lima lagi calon iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, serta tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan