Dr Yahya Awang Antara Penerima Anugerah Merdeka 2013

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Yahya Awang, yang berjaya melakukan pemindahan jantung pertama di Malaysia, adalah antara lima penerima Anugerah Merdeka 2013 berprestij diumumkan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, Rabu.

Penerima lain ialah perintis pendidikan Tan Sri Arshad Ayub, Raja Tan Sri Muhammad Alias yang menerajui Felda selama lebih tiga dekad, perintis dalam bidang zoologi Dr Lim Boo Liat dan penyelidik Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit.

"Secara bersama, individu ini telah memberi impak positif terhadap banyak nyawa, tidak saja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini dan seantero dunia, dan mencetuskan perubahan signifikan terhadap pemahaman dan penghargaan tentang dunia yang kita diami hari ini," titah Raja Nazrin.

Raja Nazrin, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, bertitah Dr Yahya dipilih sebagai penerima dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi kerana sumbangan beliau dalam mengasaskan pembangunan kajian klinikal dan pembedahan berkenaan pemindahan jantung serta peranan utamanya dalam penubuhan IJN.

Arshad terpilih dalam kategori Pendidikan dan Kemasyarakatan kerana sumbangan beliau dalam membentuk lanskap pendidikan negara yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan.

Beliau mengasaskan Institut Teknologi Mara (ITM) yang berkembang menjadi institusi pendidikan terbesar di Malaysia dari segi saiz dan populasi, menawarkan 480 program akademik.

Raja Muhammad Alias dinamakan sebagai penerima bersama dalam kategori yang sama kerana sumbangan beliau terhadap pembangunan dan reformasi luar bandar menerusi projek penempatan semula Felda.

"Beliau menjayakan wawasan perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein bagi 'memberi tanah kepada yang tidak bertanah dan pekerjaan kepada penganggur" titah Raja Nazrin. Dr Lim dipilih sebagai penerima dalam kategori alam sekitar kerana sumbangan beliau terhadap pemuliharaan kepelbagaian hayat Malaysia menerusi penyelidikan saintifik dan penganjuran persekitaran selama enam dekad.

Sementara itu, Dr Lam terpilih dalam kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul kerana sumbangannya terhadap penyelidikan ilmiah dan pembangunan dalam bidang virologi perubatan dan penyakit berjangkit termasuk denggi.

Beliau menganggotai satu pasukan Universiti Malaya yang berjaya menyisih virus Nipah sebagai penyebab masalah viral encephalitis di kalangan penternak babi tempatan, dengan itu membantu mengawal penyakit itu.

Tidak ada anugerah tahun ini bagi kategori Sumbangan Unggul kepada Rakyat Malaysia.

Penerima akan menerima sebuah trofi, Lukisan Anugerah Merdeka oleh pelukis terkenal Latiff Mohidin dan hadiah wang tunai RM500,000.

Anugerah Merdeka dilancarkan pada 2007 oleh Petronas, ExxonMobil dan Shell. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan