Calon Timbalan Ketua Umno Padang Besar Nafi Muflis

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Calon timbalan ketua Umno Padang Besar Datuk Wan Nordin Che Murat pada Khamis menafikan beliau berstatus muflis seperti yang disebar menerusi surat kononnya dikeluarkan oleh ibu pejabat Umno.

"Semakan terkini yang dilakukan hari ini di Jabatan Insolvensi Malaysia di Kangar mendapati saya bukan muflis," katanya dalam sidang media di sini.

Sambil menunjukkan sijil yang mengesahkan statusnya itu, Wan Nordin berkata beliau mendapat tahu dikatakan muflis apabila menerima salinan surat daripada seorang pemimpin Umno Perlis.

Surat bertarikh 4 Oktober yang kononnya ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu menyebut status muflis saya berdasarkan semakan pada 29 September lalu, katanya.

Beliau yakin perkara itu dilakukan oleh pihak yang mahu menghalangnya bertanding dalam pemilihan Sabtu ini kerana semakan di ibu pejabat Umno turut mendapati tiada surat sedemikian dikeluarkan.

"Kalau ada sudah pasti saya ada menerimanya," katanya menambah beliau sudah menerima pengesahan lisan daripada Tengku Adnan mengenai kelayakannya bertanding dalam pemilihan Sabtu ini.

Selain Wan Nordin yang juga Naib Ketua bahagian itu, jawatan timbalan ketua bahagian Padang Besar turut ditandingi oleh dua lagi calon iaitu Azizan Sulaiman dan Khairul Akhbar Zahari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan