14 AJK Wanita Umno Kalabakan Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.

Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.

"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini pada Rabu yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.

Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

Sementara itu bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya sudah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat UMNO pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan UMNO memberi keputusan secepat mungkin.

"Jika boleh, sebelum 19 Oktober ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," katanya.

Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak. Katanya, Wanita Kalabakan mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lalu.

"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan sudah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.

"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.

Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan UMNO pusat kelak selepas menghantar bantahan, meminta ahli Wanita UMNO Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan