MCTC Gesa Akta Induk Tembakau Dikemaskini

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menggesa supaya akta induk seperti Akta Kawalan Tembakau dikemas kini dan dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

MCTC dalam satu kenyataan berkata akta ini akan menutup pelbagai kelompangan yang wujud dalam menangani penjualan hasil tembakau diseludup dengan melesenkan semua perniagaan yang menjual hasil tembakau.

"Perlesenan jualan hasil tembakau juga dapat membanteras amalan-amalan seperti penjualan hasil tembakau kepada kanak-kanak di bawah umur, iklan dan promosi rokok dan membanteras jualan hasil rokok di kawasan larangan menjual hasil tembakau," kata majlis itu.

MCTC terlebih dahulu menyokong tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok baru-baru ini setelah syarikat rokok menikmati keuntungan tanpa cukai tambahan sejak tiga tahun yang lalu.

Bagaimanapun, ia berpendapat kadar cukai yang dikenakan tidak mencapai matlamat Rangka Kerja Konvensyen mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) berhubung langkah-langkah harga dan cukai terhadap kawalan tembakau dan hasil tembakau.

Menurut MCTC, kenyataan industri tembakau bahawa kenaikan cukai dan harga hasil tembakau akan meningkatkan kegiatan penyeludupan merupakan hujah untuk menjaga keuntungan industri.

"Di samping FCTC memperuntukkan langkah-langkah harga cukai dalam kawalan tembakau, Persidangan Negara Pihak (COP) telah menerima protokol untuk menghapuskan perdagangan haram hasil tembakau untuk disahkan oleh negara pihak untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan," kata majlis itu.

Protokol ini memperincikan tindakan-tindakan negara pihak dan antara negara pihak untuk membanteras kegiatan perdagangan haram hasil tembakau melalui kerjasama pelbagai pihak.

"Ke arah ini, MCTC menyokong Malaysia mengesahkan protokol ini dan memulakan tindakan oleh agensi-agensi penguat kuasa melalui kerjasama negara-negara jiran," kata majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan