Jutaan Umat Islam Melontar Di Ketiga-Tiga Jamratul

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MINA: Jutaan umat Islam termasuk 22,320 jemaah haji Malaysia pada Rabu memenuhi kompleks melontar bertingkat yang dibina khas untuk melontar ketiga-tiga jamrah di Mina.

Ibadah sebagai simbolik merejam syaitan itu dimulakan dengan melontar di Jamratul Aqabah atau Jamratul Besar dan ia dilakukan sehari selepas para jemaah berwukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah.

Yang turut melontar ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Paduka Ismee Ismail dan Ketua Rombongan Haji TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Terdahulu itu, Jamil Khir memberitahu pemberita, urusan membawa jemaah haji Malaysia dari Muzdalifah ke Mina berjalan lancar dan lebih baik berbanding tahun-tahun lepas apabila bas terakhir sampai ke Mina pada 6 pagi Selasa.

"Pada tahun ini kesemua jemaah berada di Mina sebelum tengah hari dan ini adalah satu pencapaian yang baik atas pengurusan haji oleh kerajaan Arab Saudi," katanya.

Katanya, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini ialah 10 orang dan kes terbaru ialah seorang jemaah haji dari Alor Setar, Kedah iaitu Zolkisfali Wahab, 57, yang meninggal dunia di Pusat Rawatan Aziziah pada pukul 6.50 petang kelmarin akibat masalah sistem penghadaman.

Dua jemaah haji Malaysia yang dilaporkan kritikal masih berada di wad Hospital Kerajaan Arab Saudi dan mereka tidak berwukuf.

Jamil Khir berkata, TH akan menguruskan badal haji bagi kedua-dua pesakit itu atau akan ditawarkan semula untuk menunaikan haji pada musim hadapan jika mereka pulih seperti biasa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan