Isu Pendidikan Tinggi Dan Pelaburan Fokus Lawatan Muhyiddin Ke Vietnam

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Vietnam selama tiga hari mulai Rabu, akan memberi fokus ke arah usaha mempereratkan kerjasama dalam pendidikan tinggi serta menarik pelabur Vietnam ke Malaysia.

Duta Malaysia ke Vietnam Datuk Azmil Zabidi berkata semasa lawatan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dengan Vietnam.

Sebelum ini, Malaysia telah menandatangani MoU dalam bidang pendidikan dengan Vietnam, dan kali ini fokusnya kepada bidang pendidikan tinggi, antara lain, berkaitan pertukaran guru dan langkah membina keyakinan, katanya kepada pemberita Malaysia di sini Rabu.

Beliau berkata terdapat kira-kira 2,800 pelajar dari Vietnam yang sedang menuntut di Malaysia manakala di Vietnam hanya terdapat tiga pelajar dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang sedang mempelajari bahasa Vietnam di sini.

Azmil berkata selain itu terdapat universiti di Vietnam yang menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia, seperti Vietnam National University di sini yang mempunyai program berkembar dengan HELP Institute Malaysia.

Azmil berkata pada Jumaat ini, Muhyiddin akan menghadiri mesyuarat meja bulat antara peneraju industri Malaysia dan Vietnam terdiri daripada lebih 50 syarikat dari kedua-dua negara.

Mesyuarat itu, katanya, bagi membolehkan mereka yang terlibat dalam sektor tertentu mengadakan perbincangan dan mencari peluang pelaburan terutama dari Vietnam ke Malaysia.

Beliau berkata setakat ini kebanyakan pelaburan adalah dari Malaysia ke Vietnam, dengan pelaburan terbesar adalah dalam pembangunan hartanah, minyak dan gas serta pembuatan.

Petronas merupakan pelabur terbesar Malaysia di Vietnam dengan pelaburan terkumpul sebanyak US$3 bilion (RM9.53 bilion), katanya.

Azmil berkata terdapat peluang pelaburan di Vietnam memandangkan negara itu masih perlu untuk mendapatkan teknologi luar dalam pelbagai bidang.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam meningkat dengan begitu cepat, dan kini melebihi US$9 bilion (RM28.59 bilion) berbanding dengan hanya US$6.6 bilion (RM20.97 bilion) pada 2010.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, kenyataan Wisma Putra menyebut lawatan itu akan menyediakan peluang yang baik bagi Muhyiddin dan rakan sejawatannya memperbaharui persahabatan dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu dua hala membabitkan kepentingan bersama.

Antaranya perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan, pertanian, pertahanan serta isu lain di peringkat serantau dan antarabangsa.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Muhyiddin ke Vietnam sejak memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan, dan lawatan itu juga seiring dengan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam.

Menurut Wisma Putra lawatan itu akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Vietnam.

Muhyiddin juga dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan timbalannya, Nguyen Thien Nhan.

Dalam lawatan itu, beliau akan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan dua anggota Parlimen.

Turut serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan dan Industri, Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan