Henti Sebar Berita Palsu Serangan Sulu - Mohammad

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU BANGGI (Kudat): Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.

Beliau berkata mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya terus mensensasikan berita berkenaan.

"Kita amat kesal kerana akhir-akhir ini wujud orang tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui Internet, surat dan panggilan telefon bertujuan menakutkan penduduk," katanya ketika berucap pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Masjid Kampung Karakit, dekat sini, Rabu.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Banggi Datuk Abdul Mijul Unaini dan Pengarah Bahagian Pertahanan Esscom Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal.

"Jika dengar cerita kurang baik, rujuklah kepada balai polis berhampiran atau rujuk kepada Esscom untuk mendapatkan kesahihan sama ada berita itu betul atau palsu," katanya.

Mohammad turut mengajak penduduk pulau, khususnya di Pulau Banggi, supaya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan tindakan segera diambil untuk mengekang kemasukan penceroboh.

Katanya insiden serangan pencerobohan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac lepas seharusnya diambil iktibar memandangkan keadaan sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini.

"Ancaman dan serangan boleh berlaku bila-bila masa, jika kita leka dan alpa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita," katanya.

Beliau berkata keluasan pantai Sabah sepanjang 1,773km dari Kudat ke Tawau dan bilangan 486 pulau di kawasan perairan negeri ini menjadi faktor pendorong kemasukan pendatang ke Sabah.

Mohammad berharap kesedaran tentang pentingnya pengorbanan sempena Hari Raya Aidiladha dapat membantu membuahkan hasil yang baik kepada diri dan masyarakat ke arah melahirkan negara yang aman dan sejahtera.

"Sesungguhnya pengorbanan sangat dituntut dan kita sama-sama harus bangkit dengan semangat 'Badar Al-Kubra' untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan mencari hidayah Allah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan