Semua Calon Naib Presiden Miliki Peluang Sama Rata - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan semua calon Naib Presiden Umno, termasuk beliau sendiri, mempunyai peluang sama rata bagi memenangi jawatan itu pada pemilihan parti Sabtu ini.

Beliau berkata soal penyandang jawatan dan populariti tidak timbul kerana setiap calon memiliki kelebihan tersendiri.

"Dalam pemilihan peringkat sayap Sabtu lepas, didapati penyandang jawatan mempunyai kelebihan dan menjadi pilihan perwakilan kerana mereka lebih dikenali.

"Bagaimanapun, saya melihat kelainan pada jawatan Naib Presiden kerana semua calon sememangnya dikenali. Mereka pernah atau masih memegang jawatan, termasuk sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jadi, peluang menang sama rata.

"Saya pasti perwakilan boleh melihat keupayaan calon yang bertanding melaksanakan gerak kerja dan menyumbang kepada parti," katanya kepada pemberita selepas bertemu Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu seluruh Kedah di sini hari ini.

Mengulas prestasi calon dari Kedah yang bertanding di peringkat sayap pusat agak tercorot, Mukhriz berkata ada kalanya sukar untuk meramal keputusan yang dibuat perwakilan.

"Apapun saya melihat proses pemilihan kali ini adalah sihat. Para perwakilan mempunyai banyak pilihan dan mereka membuat keputusan memilih orang yang terbaik dalam kalangan terbaik.

"Kedah tidaklah gagal semuanya kerana masih ada lagi calon yang berjaya dipilih iaitu beberapa wakil dalam Exco Wanita dan Puteri selain Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda," katanya.

Mukhriz, yang turut ditanya berhubung tindakan perwakilan yang dikatakan tidak menyokong calon dari Kedah, secara berseloroh berkata beliau berharap perkara itu tidak berlaku kepadanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan