Salleh Tolak Khabar Angin 'Cai' Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak khabar angin kononnya Kuala Lumpur mahu sesetengah pemimpin tertentu dipilih dalam pemilihan jawatan Sabtu ini.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai strategi kempen terdesak oleh pemimpin yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan mereka, beliau berkata kepimpinan tertinggi Umno tidak pernah mengarahkan Umno Sabah supaya mematuhi sebarang 'senarai pilihan' atau 'cai' bagi tiga jawatan naib presiden.

"Menang atau kalah adalah sebahagian daripada proses demokrasi. Saya percaya presiden (Umno) dan timbalan presiden menyerahkan kepada kebijaksanaan serta kematangan perwakilan Umno untuk membuat pilihan berdasarkan amalan demokrasi yang diterima parti," katanya kepada Bernama.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, mengulas khabar angin terbaru kononnya kepimpinan tertinggi Umno di Kuala Lumpur mahu pemimpin tertentu dipilih dalam pemilihan parti kelak.

Beliau berkata perwakilan Umno bebas menilai setiap calon dan memilih berdasarkan merit, sejajar dengan prinsip demokrasi.

"Namun apa yang penting adalah untuk Umno bersatu selepas pemilihan parti memandangkan semua pemimpin perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam memimpin parti ke hadapan.

"Tugas kita adalah jelas; kita mesti memastikan parti kita berada di landasan betul untuk mencatat prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan dan dan memberi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mandat yang sewajarnya untuk beliau terus memimpin," kata Salleh.

Tiga penyandang naib presiden Umno - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal - akan mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan itu.

Mereka dicabar Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Perwakilan Umno akan memilih tiga naib presiden dan 25 anggota majlis tertinggi dalam pemilihan parti itu Sabtu ini.

Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding sebagai presiden dan timbalan presiden.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan