Prasarana Guna Tren Empat Gerabak Pada 2014

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua belas set tren empat gerabak baharu akan diperkenal sebagai sebahagian daripada projek pembesaran monorel RapidKL yang dijangka siap pada suku ketiga tahun depan, sekali gus menggandakan kapasiti semasa jajaran monorel.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Infrastruktur Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Amiruddin Ma'aris berkata ketika ini, sejumlah 12 set tren dua gerabak beroperasi di jajaran monorel dengan jumlah penumpang harian melebihi 70,000 orang iaitu hampir mencecah kapasiti waktu puncak.

Set tren empat gerabak itu dijangka dihantar secara berperingkat mulai awal tahun depan, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Amiruddin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services (Prime), berkata projek pembesaran itu juga membabitkan kerja menaik taraf dan penggantian sistem isyarat.

Kesemua 11 stesen monorel dinaik taraf, yang menyaksikan peluasan platform serta atap baharu, dan pelaksanaan naik taraf stesen terbabit sudah siap 85 peratus.

Projek pembesaran itu turut membabitkan pemasangan sistem pintu automatik di platform bagi mempertingkat tahap keselamatan penumpang selain pembinaan depot baharu bagi menampung set tren gerabak yang lebih besar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan