Kalimah Allah: Pemimpin Islam Sambut Baik Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Islam menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin untuk tidak membenarkan majalah mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam edisi bahasa Melayu.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor berkata majlis itu menyokong keputusan berkenaan.

Beliau berkata ini selaras dengan fatwa yang dikeluarkan pada 2008 yang menyatakan bahawa 'Allah' adalah perkataan suci yang khusus kepada Islam dan masyarakat Islam serta ia tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

"Kami sering menyatakan bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif untuk orang Islam, jadi kami menerima keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan keputusan itu adalah tepat walaupun presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata ia tidak salah bagi orang bukan Islam untuk menggunakan istilah itu, dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan disalah tafsir.

"Jika kita tidak mahu ia disalahgunakan, kenapa membenarkan mereka (Kristian) untuk menggunakannya?" Harun berkata .

Beliau menambah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat selaras dengan Islam.

Memuji keputusan mahkamah, Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu memberi tumpuan kepada mendidik anak-anak mereka untuk mengukuhkan kepercayaan kepada agama.

"Bukan sahaja kita perlu mempertahankan kalimah Allah, tetapi perlu lebih daripada itu iaitu dengan mendidik anak-anak kita tentang iman supaya mereka tidak akan mudah terpengaruh," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan The Herald menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan