Cuaca Mendung, Hujan Renyai Tidak Halang Kemeriahan Aidiladha

Diterbitkan: Selasa, 15 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca mendung dan hujan renyai di beberapa tempat di seluruh negara pada sebelah pagi Selasa tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melakukan ibadah korban.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyertai kira-kira 15,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.

Selesai menunaikan solat, Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda berdua sebaik selesai khutbah Aidiladha.

Di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra.

Turut sama menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mereka bersama lebih 5,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Abdul Manaf Mat.

Majlis korban Perdana Putrajaya diadakan dengan 46 ekor lembu dikorbankan sebelum daging korban diagihkan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Adnan Tengku Mansor kepada warga Putrajaya.

Di SHAH ALAM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri bersama kira-kira 10,000 anggota jemaah termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebanyak 39 ekor lembu dikorbankan di perkarangan masjid negeri itu termasuk dua ekor sumbangan Sultan Selangor.

Di PERLIS, hujan di beberapa kawasan pada sebelah pagi di negeri itu tidak menghalang penduduknya menunaikan solat sunat Aidiladha.

Kerajaan negeri Perlis menyumbang 140 ekor lembu sempena Aidiladha tahun ini kepada wakil-wakil penduduk, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk korban.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan