ROS Diminta Siasat Perwakilan Pemilihan Semula DAP

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat status 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Katanya pemilihan semula CEC pada bulan lepas itu sepatutnya berpandukan kepada senarai perwakilan dan jumlah cawangan yang 'status quo' pada tarikh 15 Disember tahun lepas.

Zulkifli yang juga Ketua Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bayan Baru, mendakwa pemilihan semula CEC pada 29 September lepas merupakan satu sandiwara berbentuk provokasi penipuan yang dirancang.

"Pada pandangan saya dari sudut dalaman, penipuan kali ini lebih halus, licik dan dahsyat berbanding dengan pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu, katanya.

"Apakah ini bermaksud bahawa satu lagi penyelewengan berulang dengan kehadiran 450 perwakilan haram dari 120 cawangan yang asalnya dari kategori sijil B yang seharusnya menjadi pemerhati dan tidak layak menghantar perwakilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"CEC juga tidak ada kuasa untuk meluluskan atau menaik taraf cawangan sijil B kepada sijil A pada tahun ini kerana CEC dianggap tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata Zulkifli.

Justeru itu, beliau meminta ROS menyiasat kehadiran dan pengundian yang melibatkan 450 perwakilan dari 120 cawangan baharu yang hadir pada pemilihan semula CEC bulan lepas.

Zulkifli mendakwa undi sebenar yang diterima Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya sekitar 900 sahaja berbanding 1,304 undi jika tidak mendapat sokongan daripada 450 perwakilan haram itu.

Beliau juga mencabar Pengerusi Jawatankuasa Displin DAP dan Jawatankuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Lim atas tindakannya sehingga menyebabkan proses pemilihan semula terpaksa diadakan semula atas arahan ROS. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan