Proses Kumpul Lebihan Dana Kerajaan Negeri Sukar - MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini Ahad.

Beliau berkata, kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam Sabtu yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan